Thursday, November 15, 2007

FRANK LLOYD WRIGHT



Frank Lloyd Wright di lahirkan pada 1869 di Wisconsin, USA. Beliau memasuki university of Wisconsin dalam bidang kejuruteraan awam pada tahun 1885. Beliau mula bekerja sebagai pelukis pelan rendah dengan Allen Conover, kemudian beliau pergi ke Chicago untuk mencari pekerjaan sebagai arkitek ketika Frank Lloyd Wright berumur 18 tahun beliau bekerja sebagai pelukis pelan kanan di firma Adler & Sullivan pada tahun 1887. Frank berminat terhadap alam semulajadi sejak kecil lagi. falsah alam semulajadi yang diketengahkan dalam senibinanya dipinjam dari ahli falsah china- lao tze. Falsafah inilah yang menjadi intipati konsep organik yang diterapkan. Frank berpendapat bahawa manusia tidak dapat membebaskan diri sendiri sekiranya semangat mereka sendiri tidak dapat bertindak bebas, cara untuk membebaskan diri adalah dengan kembali kepada alam. Menggunakan bahan semulajadi sebagai bahan binaan dan alam semulajadi sebagai konsep utama pada setiap rekaannya.

No comments: