Thursday, November 15, 2007

CONTOH BANGUNAN



RUMAH PRAIRIE,Illinois (1900)
SIRI RUMAH KEDIAMAN
RUMAH PRAIRIE SIRI PERTAMA DAN KEDUA DIPILIH SEBAGAI RUMAH TERBAIK OLEH MAJALAH ‘LADIES HOME’
MEMPUNYAI CIRI-CIRI BERIKUT:
Mengurangkan dan menyatukan jumlah bilik yang tidak berfungsi-menjadikan lebih selesa. Unsur cahaya, udara dan pemandangan diolah dengan efektif melalui perpaduan pada bangunan. Bangunan dihubungkan dengan rekabentuk yang memanjang dan mendatar dan aras lantai yang berbeza dan sesuai. Mengelakan bentuk sesebuah bilik seperti kotak iaitu dibahagian dinding dijadikan sebagai pembahagi ruang, Frank juga mewujudkan ruang lebih bebas dengan cara seluruh rumah menjadi sebuah ruang. Pada bahagian bawah tanah (basement) pula, ia selari degan permukaan bumi iaitu bentuk asas bangunan yang lebih ketara. Bukaan dibuat secara lebih harmoni dengan penggunaan konsep ulangan dan berkadaran dengan manusia. Merletakan pintu dan tingkap ditempat yang sesuai agar tidak kelihatan seprti lubang yang ditebuk pada kotak. Mengurangkan kombinasi penggunaan pelbagai bahan, Frank tidak menitikberatkan sebarang perhiasan kecuali kesan daripada bahan binaan sahaja. Sistem pemanas, pencahayaan dan saluran air paip digabungkan dan dijadikan sebagai salah satu unsur dalam rekaan. Unsur mudah digunakan seprti garis lurus dan bentuk bersegi. Perabot direka sendiri untuk disesuaikan dengan keadaan rumah.

No comments: