Thursday, November 15, 2007

PENGENALAN SENI DAN KRAF

Ia bermula pada awal kurun ke- 19. Seni dan kraf merupakan Satu pergerakan pemulihan semula dalam senibina iaitu pergerakan seni dan pertukangan. Pergerakan seni dan pertukangan dianggap sebagai penghidupan semula pada zaman itu. Bermula pada pertengahan kurun ke-19 penghasilan mesin telah melumpuhkan golongan artisan, ia juga dianggap tidak berguna kerana ia murah, tidak bermoral dan tidak berseni dan dianggap sebagai pengkhianat.

SEJARAH PENDEKATAN

Pada awal kurun ke-19 di England orang-orang seni menganggap barang dari mesin tidak berseni ia merangkumi semua aspek senibina iaitu senibina taman, perabot mereka ingin kembalikan zaman seni dan kraf dan berharap dapat memenuhi kehendak sosial dari segi nilai estetika. Pergerakkan ini diketuai oleh William Morris.

WILLIAM MORRIS

merupakan anak lelaki kepada seorang perniaga yang Berjaya. Dilahirkan di Walthamstow dibahagian timur Landon pada 24 mac 1834. William morris mempraktikkan reka bentuknya dengan teliyi dan berseni. Hasil rekaannya adalah baru dan bermutu tinggi seperti kertas dinding, perabot permaidani gelas minuman dan buku.

RED HOUSE

Dibina oleh Webb utk Morris di Kent, England (1859-1860) Tiada imej sejarah yg nyata spt tiada tiang junjung, pedimen atas tingkap, kumai klasik. Stail zaman silam Dinding batu-bata merah Terletak bwh bumbung tinggi berjubin merah Gabung penyelesaian arkitektonik yg terdiri drpd nisbah aliran dan pembatasan tanpa meminjam motif perhiasannya Sembunyikan kaitan dgn vernakular goth

LOUIS HENRI SULIVAN


Louis Henri Sulivan dilahirkan pada 3 september 1856 di Boston, Massavhusetts. Beliau menggunakan masa mudanya dengan mempelajari tentang alam semulajadi dengan datuknya. Pada tahun 1874 beliau pergi ke Paris untuk mempelajari tentang Ecole des Beaux-Arts namun masanya terlalu singkat dan beliau pulang ke Chicago pada tahun 1875 dan bekerja sebagai pelukis pelan di firma Joseph S. Johnston dan John Edelman.

FRANK LLOYD WRIGHT



Frank Lloyd Wright di lahirkan pada 1869 di Wisconsin, USA. Beliau memasuki university of Wisconsin dalam bidang kejuruteraan awam pada tahun 1885. Beliau mula bekerja sebagai pelukis pelan rendah dengan Allen Conover, kemudian beliau pergi ke Chicago untuk mencari pekerjaan sebagai arkitek ketika Frank Lloyd Wright berumur 18 tahun beliau bekerja sebagai pelukis pelan kanan di firma Adler & Sullivan pada tahun 1887. Frank berminat terhadap alam semulajadi sejak kecil lagi. falsah alam semulajadi yang diketengahkan dalam senibinanya dipinjam dari ahli falsah china- lao tze. Falsafah inilah yang menjadi intipati konsep organik yang diterapkan. Frank berpendapat bahawa manusia tidak dapat membebaskan diri sendiri sekiranya semangat mereka sendiri tidak dapat bertindak bebas, cara untuk membebaskan diri adalah dengan kembali kepada alam. Menggunakan bahan semulajadi sebagai bahan binaan dan alam semulajadi sebagai konsep utama pada setiap rekaannya.

CONTOH BANGUNAN



RUMAH PRAIRIE,Illinois (1900)
SIRI RUMAH KEDIAMAN
RUMAH PRAIRIE SIRI PERTAMA DAN KEDUA DIPILIH SEBAGAI RUMAH TERBAIK OLEH MAJALAH ‘LADIES HOME’
MEMPUNYAI CIRI-CIRI BERIKUT:
Mengurangkan dan menyatukan jumlah bilik yang tidak berfungsi-menjadikan lebih selesa. Unsur cahaya, udara dan pemandangan diolah dengan efektif melalui perpaduan pada bangunan. Bangunan dihubungkan dengan rekabentuk yang memanjang dan mendatar dan aras lantai yang berbeza dan sesuai. Mengelakan bentuk sesebuah bilik seperti kotak iaitu dibahagian dinding dijadikan sebagai pembahagi ruang, Frank juga mewujudkan ruang lebih bebas dengan cara seluruh rumah menjadi sebuah ruang. Pada bahagian bawah tanah (basement) pula, ia selari degan permukaan bumi iaitu bentuk asas bangunan yang lebih ketara. Bukaan dibuat secara lebih harmoni dengan penggunaan konsep ulangan dan berkadaran dengan manusia. Merletakan pintu dan tingkap ditempat yang sesuai agar tidak kelihatan seprti lubang yang ditebuk pada kotak. Mengurangkan kombinasi penggunaan pelbagai bahan, Frank tidak menitikberatkan sebarang perhiasan kecuali kesan daripada bahan binaan sahaja. Sistem pemanas, pencahayaan dan saluran air paip digabungkan dan dijadikan sebagai salah satu unsur dalam rekaan. Unsur mudah digunakan seprti garis lurus dan bentuk bersegi. Perabot direka sendiri untuk disesuaikan dengan keadaan rumah.

Wednesday, November 14, 2007

CHARLES SUMNER GREENE & HENRY MATHER GREENE


CHARLES SUMNER GREENE



HENRY MATHER GREENE

Charles Sumner Greene dan Henry Mather Greene membawa pengaruh seni dan kraf kedalam lukisan rekabentuk. Pengunaan prinsip demokratik yang mementingkan kualiti dalam senibina dari semua aspek daam senibina. Mengaplikasikan kehidupan manusia, bersatu dengan alam (anjung lebar, bumbung terbuka, kolam)

CONTOH BANGUNAN

Gamble House
  • Gabungan rekabentuk dengan alam semulajadi
  • Ditempah oleh David dan isteri
  • Gabungan elemen spesifik sebagai pelengkap seni keluarga
  • Rekaan ditentukan 4 syarat – cuaca,keadaan sekeliling,bahan tersedia,cara hidup klien
  • Keperluan klien dipenuhi melalui konsep rumah, tapak, dan perabot dalaman
  • Asas–rekabentuk Jepun tetapi tiada kaitan dengan senibina Jepun–ruang dalaman sederhana keindahan kepingan
  • kayu dipaku bersama,sokongan julur bumbung terlunjur
  • Seni dan kraf – papan lembut digilap dengan tangan pada bahagian
  • lantai, penggunaan warna lembut pada dinding dan perabot, serta penggunaan kaca berwarna
  • Terdapat 2 pokok besar di rumah & dikawasan laman
  • garisan datar pada bahagian bumbung,dek dan laman
  • ruang luas dan aliran bebas satu sama lain
  • bayang-bayang terbentuk daripada bumbung &
  • unjuran tingkat-tingkat
  • permukaan dari papan bergosok dengan tanga
  • komponen dipasang dengan teliti

SENI ARCA

A sculpture is a man-made 3D object intended for special recognition as art . A person that creates sculptures is called a sculptor.

Contoh-contoh arca

stagecoach


gaya kerbau yang gagah berani


kuda liar remington

KESIMPULAN

  • Seni merangkumi dari pelbagai aspek dan penekanan.Seni
  • arca pula biasanya adalah ukiran yang dibuat dan dihasilkan dengan penuh ketelitian, halus dan terperinci.
  • Seni arca adalah sesuatu yang sangat bernilai dan bersejarah dalam kehidupan seharian kita.